Selamat Datang Ke Blog Aku , Sori dok comey mane ! hihiHiHi

Tips Mengawal Penyakit Hati

Tips Mengawal Penyakit Hati

Bismillahirrahmanirrahiim

Sabda Nabi s.a.w
"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati"

"Ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak"


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama.


1. Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Sabda Nabi s.a.w
"Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan"

2. Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, solat Witir dll. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.


Sabda Nabi s.a.w
"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"

3. Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

Sabda Nabi s.a.w
"Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkannya dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah pengosok (pembersih) hati iaitu zikrullah"

Lidah yang sentiasa berzikir akan terselamat daripada sifat-sifat keji seperti mengumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia-sia.

4. Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

Sabda Nabi s.a.w
"Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah"

5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dan berdoa kepadanya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

Sabda Nabi s.a.w
"Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa"

6. Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.

7. Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.

Tags: Agama
ShareTwitterFacebook
▶ Reply to This

No comments:

Followers