Selamat Datang Ke Blog Aku , Sori dok comey mane ! hihiHiHi

BERBALAS PANTUN SANTAI


Siberuk tua berbekwoh besar,
Kakoh lutung dan kera siamang dijemput belaka;
Kita hidup kena jauhi perkara mungkar,
Supaya nanti tidak dilempar songsang ke dalam neraka.

Kakoh lutung dan kera siamang dijemput belaka,
Dijemput sama seisi keluarga;
Neraka bukan tempatnya untuk bercanda,
Siksa dan perit pedihnya berganda-ganda.

Dijemput sama seisi keluarga;
Boleh datang dengan motosikal atau kereta;
Siksa pedih neraka berganda-ganda;
Sehari di akhirat sama dengan lima ratus tahun di dunia.

Boleh datang dengan motosikal atau kereta,
Berbasikal atau berjalan kaki pun tak apa;
Supaya terelak dari jilatan dan bakaran api nerka,
Banyakkan buat pahala dan jangan nak cuba buat dosa.

Berbasikal atau berjalan kaki pun tak apa,
Setiap tetamu dilayan mesra belaka;
Untuk mengelak dari dibakar api neraka,
Kepada ibubapa dan suami jangan derhaka.

Setiap tetamu dilayan mesra belaka,
Jumlah tetamu beribu-ribu.
Antara menunya meehon dan mi;
Ketaatan kepada ibubapa jangan dipersenda
Kalau syurga bagi anak di bawah tapak kaki ibu
Syurga bagi isteri pula di bawah tapak kaki suami.

pergi pasar naik kereta..
bawak kucing dalam sangkar...
kalo takut masuk neraka..
amar makruh nahi mungkar..

Hantu mak limah main guli, 
tanam keladi kat sebelah KLCC, 
terima kasih sekali lagi, 
memberi peringgatan kepada kami.

buat sarapan dengan roti..
ayam berkokok waktu pagi..
kawan hilang pasti berganti..
ibu bapa hilang tiada lagi..

bini lari aku kejor
bos carik aku sembunyi
orang tua nasihat kita dengor
agar berkat kehidupan ini

Petua Keluarga Bahagia - Datuk Dr Fadzilah Kamsah untuk keharmonian rumah tangga


  • 1. Doa yang berterusan.
  • 2. Patuh ajaran agama.
  • 3. Murah dengan pujian.
  • 4. Murah dengan khidmat.
  • 5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  • 6. Murah dengan sentuhan.
  • 7. Mencari kebaikan pasangan.
  • 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  • 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  • 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  • 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  •  
  • 12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
  • 13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
  • 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  • 15. Tolak-ansur.
  • 16. Menghormati dan mengambil kira‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  • 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  •  
  • 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  • 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  • 20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  • 21. Menghormati pasangan.
  • 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  • 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  • 24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  • 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  • 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  • 27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  • 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  • 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  • 30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  • 31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  • 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  • 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  • 34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  • 35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  • 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  • 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  • 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  • 39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  • 40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  • 41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  • 42. Sentiasa berterus terang.
  • 43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
  • 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  • 45. Elakkan salah pasangan.
  • 46. Cari titik pertemuan.
  • 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  • 48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  • 49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  • 50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  • 51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • (a) Mental, pendidikan dan ilmu
  • (b) Emosi
  • (c) Fizikal dan ekonomi
  • (d) Sosial
  • (e) Spiritual
  • 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  • 53. Tidak terlalu mengongkong.
  • 54. Tidak bertindak bersendirian.
  • 55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • (a) Pendapat atau pandangan
  • (b) Hobi
  • (c) Kegemaran
  • (d) Makanan
  • (e) Cita rasa
  • (f) Warna pilihan dan pelbagai
  • 56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  • 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  • 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  • 59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  • 60. Bentuk undang-undang atauperaturan dalam rumah tangga.
  • 61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  • 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  • 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Solat ‘pendinding’ daripada kemungkaran



Kesempurnaan ibadat jadikan jiwa sentiasa tenang dan bencikan kejahatan 

SALAH satu peristiwa agung yang berlaku kepada Rasulullah ialah Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah antara mukjizat terbesar dan tidak pernah dikurniakan kepada nabi serta rasul sebelumnya.

Pada peristiwa itu Rasulullah SAW menyaksikan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Di samping itu, Baginda juga diperlihatkan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perilaku manusia dengan balasan bakal mereka terima.

Di kemuncak peristiwa inilah Allah mensyariatkan solat kepada umat Islam. Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kewajipan mendirikan solat diperintahkan Allah dalam firman yang bermaksud: “Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti mana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Melihat betapa pentingnya kewajipan solat dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Rasulullah menyuruh supaya ibadat solat itu diajarkan kepada anak ketika berumur tujuh tahun dan memukul mereka dengan pukulan bertujuan mendidik jika enggan solat ketika berumur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amru bin Syu’ib bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Saranan hadis itu bertepatan dengan pepatah Melayu, “jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Inilah cara pendidikan awal untuk melatih anak mengerjakan solat yang mesti dilaksanakan ibu bapa.

Di samping itu, kita juga digalakkan berdoa supaya anak dan zuriat sentiasa mendirikan solat. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)

Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)

Solat adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah. Dalam perkataan lain, solat tanda pengabdian dan syukur seseorang hamba kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Solat juga boleh menghapuskan dosa. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, solat lima kali sehari semalam boleh menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhinya dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, solat juga boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat yang dikerjakan dengan ikhlas, khusyuk dan mengikut segala rukunnya mencegah orang mengerjakannya daripada melakukan maksiat serta kemungkaran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Seterusnya solat juga memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Orang yang memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.

Solat juga mempunyai pelbagai kelebihan daripada aspek perubatan dan kesihatan antaranya, solat yang ikhlas dan khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan sihat serta cergas.

Perkara itu terbukti apabila pakar urat saraf bukan beragama Islam melakukan kajian mendapati bahawa ada beberapa urat saraf dalam otak manusia yang berkeadaan selalu kosong, tidak dimasuki darah, iaitu darah tidak boleh masuk ke dalamnya, padahal setiap bahagian otak manusia itu memerlukan darah yang cukup untuk ia dapat berfungsi dengan sempurna.

Namun, selepas sekian lama membuat kajian, akhirnya doktor itu mendapati memang darah tidak dapat sampai ke beberapa bahagian urat saraf tertentu dalam otak kecuali pada ketika seseorang itu sujud dalam solatnya, barulah darah itu boleh masuk dan mengalir.

Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril. Ini menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah.

Oleh itu, sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat, mereka adalah golongan yang sesat. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

Abdullah bin Abbas berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan daripada waktunya. Misalnya seseorang yang menunaikan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu maghrib, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta solat Subuh dilaksanakan selepas terbit matahari.

Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumbankan ke sebuah lembah bernama al-Ghai’a dalam neraka dan diberikan makanan amat jijik. Jika mengerjakan solat fardu di luar waktu sudah sebegini hukumannya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa orang yang tidak menunaikan solat fardu sama sekali.

Justeru, melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, marilah kita mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat supaya kehidupan seharian sentiasa tenang dan dapat menghindarkan daripada melakukan mungkar.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda kesyukuran).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2).

Cerita Petua Nabi Muhammad SAW


Cerita Petua Nabi Muhammad SAW

Petua Kesihatan

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas.

Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”

“Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.

Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”

Nabi menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”

Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”

Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”

Nabi menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.
Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.
Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

BMW lancar SAV siri X3 baru


 BRISCOE  bersama   BMW X3 xDrive20d selepas pelancaran kenderaan mewah itu di Kuala Lumpur, semalam.
BRISCOE bersama BMW X3 xDrive20d selepas pelancaran kenderaan mewah itu di Kuala Lumpur, semalam.

Model kenderaan tawar dua pakej, dijual pada harga RM348,800

BMW Malaysia melancarkan kenderaan aktiviti sukan (SAV) pacuan empat roda siri X3 baru, BMW X3 xDrive20d dalam usaha mengembangkan penguasaan pasaran dalam segmen mewah kenderaan model itu di Malaysia. 
Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe, berkata model itu dijual pada harga atas jalan RM348,800 termasuk servis dan baik pulih inklusif BMW.
Katanya, model itu didatangkan dengan dua pakej iaitu pakej teknologi dengan tambahan harga RM28,000 daripada harga ditawarkan, manakala pakej keselesaan dengan tambahan RM18,000.

“Pakej Teknologi memaparkan kawalan perendam dinamik BMW yang beroperasi sama dengan kawalan prestasi BMW dan sistem navigasi profesional BMW, manakala pakej keselesaan, pula didatangkan dengan operasi automatik lampu belakang, sistem akses selesa dan bumbung gelas panorama.

“Pada masa sama kita juga mengeluarkan unit terhad BMW X3 xDrive20d edisi khas yang ditawarkan ketika pelancaran dengan penyediaan ciri tambahan seperti kawalan perendam dinamik, kawalan prestasi dan rim roda aloi ringan 18 inci,” katanya ketika memperkenalkan model itu kepada media, di Kuala Lumpur, semalam.

BMW X3 baru itu memaparkan teknologi maju diesel daripada pengeluar kenderaan terkemuka yang menggunakan enjin dua liter, turbo diesel empat silinder yang menghasilkan 184 kuasa kuda dan kuasa kilas 380 Nm.
Selain sesuai untuk kegunaan di jalan biasa atau permukaan jalan yang tidak rata dan mencabar, model itu menggunakan sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang membolehkan pemandu menikmati pengalaman pemanduan lancar yang hebat dengan kuasa dan kecekapan menyamai sistem transmisi klac berkembar.

Gabungan itu membolehkan BMW X3 iti menyempurnakan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (kmj) dalam masa 8.5 saat, pada masa sama mengekalkan kadar penggunaan bahan api terbaik dalam kelas itu iaitu hanya 5.6 liter bagi setiap 100 kilometer (km) dan pelepasan karbon monosikda sebanyak 147 gram per km.

Bagi reka bentuk luaran, model itu memaparkan ciri aerodinamik dan pembinaan badan lebih ringan, manakala perwatakan lazim ‘kidney grille’ menegak serta lampu depan Bi-Xenon memastikan model ini memiliki penampilan garang.

Rekaan dalaman pula lebih kontemporari di gabungkan dengan ruang lebih luas dengan lebih 23 milimeter (mm) untuk ruang kaki dan tambahan 20 mm dari segi lebar di samping tiga kerusi belakang berbeza dengan BMW X3 generasi pertama.

Briscoe berkata, pengenalan jentera enjin diesel itu mempamerkan keyakinan Kumpulan BMW bahawa teknologi maju diesel sebagai rumusan segera bagi sumber tenaga lebih bersih dan cekap untuk kegunaan di negara ini.

“Kerajaan Malaysia mendorong kami untuk memberikan komitmen ke arah memperkenalkan teknologi hijau terkini dan cekap.

“Fungsi Auto Start Stop membantu menjimatkan bahan api yang mana ia berfungsi menghentikan enjin secara automatik dimatikan apabila kereta tidak bergerak ketika pedal brek ditekan contohnya dalam kesesakan lalu lintas atau di lampu isyarat dan selepas pedal dilepaskan enjin akan dihidupkan semula,” katanya.

JOM NAIK KERETAPI


Kamera Paling Laris - Mac 2011


Berikut adalah senarai 3 kamera paling laris bagi bula Mac 2011 yang di senaraikan oleh web kamera digital pro Jepun:


1. Nikon D7000

Kamera berkualiti tinggi bagi penggemar pertengahan peralatan kamera ini masih berada di tingkat atas sekali dalam senarai jualan terlaris. Keupayaannya memang hebat !, Memang tak rugi jika berkopak habis duit untuk dapatkannya.
 



2. Sony Alpha NEX-5

Kamera yang amat popular dari jenis mirrorless interchangeable lens. Punyai tahap keupayaan yang tinggi dan berkualiti. Keistimewaannya adalah dari segi penampilannya yang kecil, ringkas dan bergaya. Berjuta orang memiliki dan menggunakannya.
 



3. Canon EOS 550D

Kamera bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia DSLR. Dengan saiz sensor 18 megapixels, mudah digunakan dan banyak fungsi menarik.
 

Jika anda seorang yang lebih selesa membeli apa yang orang ramai lain beli, 3 pilihan di atas dapat dijadikan panduan.
 

Accident Pelik

Accident Pelik

10 Lokasi Harta Karun Yang Menakjubkan & Penuh Misteri

10 Lokasi Harta Karun Yang Menakjubkan & Penuh Misteri

10. Yamashita Treasure, Philipines

Harta karun Yamashita, Adalah harta yang dijarah oleh pasukan Jepun pada Perang Dunia II, Lokasi ini berada di sebuah Teluk di Philipina, Banyak yang percaya akan ada nya harta ditempat ini, tapi kerana medannya telah berubah, harta ini semakin sulit dicari.



9. VOC Treasure, Indonesia

Misteri harta karun VOC di Pulau Onrust memang mengundang penasaran begitu banyak orang. Kerana konon katanya, jumlah harta ini dapat melunasi semua utang Indonesia .

Pulau Onrust terletak di Teluk Jakarta. 3 jam dari Muara Karang dengan menggunakan kapal, tempat ini zaman Belanda dulu memang tempat yg paling sibuk, tempat masuknya kapal setelah menjajah dari kota 2 lain di Indonesia. Mitos harta karun VOC di pulau Onrust itu bermula dari keganjilan sejarah, bagaimana sebuah institusi dagang sebesar dan sekuat VOC mendadak bangkrup secara tiba-tiba.

 

8. Treasure of Lima, Peru

Di tahun 1820, di Lima (ibukota Peru) sedang terjadi perang revolusi. Untuk berjaga-jaga, pemerintah kota Lima memutuskan untuk memindahkan harta kekayaan kota tersebut ke Mexico, supaya aman. Harta benda tersebut meliputi batu2 permata berharga, tempat2 lilin dan dua buah patung Maria sedang menggendong Yesus seukuran manusia. Secara keseluruhan, harta senilai U$60 juta tersebut terbahagi ke atas 11 kapal dan dikomandani oleh Kapten William Thompson, yg menahkodai Kapal Mary Dear. Namun sayangnya pemerintah kota Lima tidak mengetahui bahwa William Thompson sejatinya adalah mantan perompak. Begitu harta benda itu sudah naik ke kapal, dia segera membunuh orang2 Peruvian yg menjaga harta tersebut serta melemparkan tubuh mereka ke laut.

Thompson melarikan harta tersebut ke Kepulauan Cocos, di lautan Hindia, lalu menguburnya. Kemudian komplotannya berpecah serta bersembunyi sampai keadaan dirasa aman untuk mengambil kembali harta yang mereka kubur. Akan tetapi kapal Mary Dear akhirnya tertangkap. Semua anggota komplotan digantung atas tuduhan perompakan, kecuali William Thompson dan seorang kepercayaannya. Kedua orang tersebut setuju untuk menunjukkan lokasi penyembunyian harta tersebut. Mereka membawa orang2 tersebut ke Kepulauan Cocos, namun di tengah jalan mereka melarikan diri ke hutan. Sampai sekarang harta karun tersebut tidak pernah diketemukan lagi.

Semenjak itu sudah lebih dari 300 ekspedisi pencarian diadakan, namun gagal. Akhir-akhir ini orang2 curiga bahwa sebenarnya harta tersebut tidak disembunyikan di Kepulauan Cocos, melainkan di sebuah pulau yang tidak dikenal di Amerika Tengah.


7. The Ark of The Convenant (Tabut Perjanjian), Jerusalem

Tabut perjanjian didalam Alkitab adalah sebuah wadah yang terbuat dari emas yang bertuliskan “10 Perintah Tuhan” selain itu konon katanya tongkat Nabi Musa juga berada didalam kotak itu.

Gambar ini hanyalah sebuah replika.
 

6. Pharaohs’ Missing Treasure, Egypt

Ketika tahun 1922 Howard Carter menemukan makan Tutankhamen di Lembah Para Raja (Valley of the Kings), Mesir, dia terpesona oleh kemegahan artefak2 yang terdapat di makam raja muda tersebut.

Di sekitar makam tersebut terdapat banyak sekali batu2 permata serta artefak2. Kerana terlalu banyaknya, sampai Carter memerlukan waktu 10 tahun untuk membuat katalognya.

Namun, saat penggalian makam2 Fir’aun lainnya di akhir abad ke 19 ditemukan kenyataan bahwa makam2 tersebut dalam keadaan kosong.

Hampir semua orang sudah tahu bahwa para perompak makam (untuk menyebutkan orang2 yg mencuri harta benda di dalam makam) telah menjalankan aksinya selama berabad-abad yang lalu. Namun apabila mereka sampai menggasak habis harta para Fir-aun tersebut, maka hal itu sangat keterlaluan. Pertanyaan selanjutnya: di manakah harta para Fir’aun tersebut disembunyikan? Beberapa ahli percaya bahwa harta tersebut sebenarnya sengaja diambil oleh para pendeta yang melakukan pemakaman atas dinasti Raja-Raja Mesir yang ke 20 dan ke 21 (tahun 425-343 SM) di Lembah Para Raja.

Fir’aun-Fir’aun di masa itu konon tidak melarang untuk mengambil harta yang ada di makam nenek moyang mereka untuk digunakan kembali pada saat pemakaman mereka. Salah satu petinggi masa itu yang bernama Herihor menjadi contohnya. Herihor adalah seorang petugas mahkamah tinggi di zaman Ramses XI. Pada saat Ramses meninggal, Herihor merebut kekuasaan kemudian kerajaan tersebut dibagi dua dengan menantunya, Piankh. Herihor kemudian menempatkan dirinya sebagai penanggungjawab upacara pemakaman di Lembah Para Raja, sedang dia punya banyak kesempatan untuk merampok makam raja-raja terdahulu. Makam Herihor sendiri sampai sekarang tidak diketemukan. Namun, para ahli yakin bahwa suatu ketika misteri hilangnya harta di makam para Fir’aun akan terkuak seiring dengan waktu yang berjalan.
Ilustrasi..

5. Montezuma’s Treasure, Mexico

Pembantaian atas suku Aztec di Mexico yg dilakukan oleh orang2 Spanyol menjadi perhatian pada 1 Julai 1520. Setelah membunuh Kaisar Montezuma, Hernando Cortés dan pasukannya dikepung oleh para ksatria Aztec yang marah, di ibukota Tenochtitlán. Setelah pertempuran sengit selama beberapa hari, Cortés memerintahkan pasukannya untuk mengumpulkan harta Montezuma yang paling berharga lalu membawanya lari. Namun belum begitu jauh mereka melarikan diri, pasukan Aztec berhasil mengejarnya serta membantai pasukan Spanyol di danau Tezcuco. Sisa pasukan yang tersisa segera membuang harta rampasan mereka kemudian langsung hilang. Setahun kemudian Cortés datang lagi dengan pasukannya untuk mengambil kembali harta yang dulu gagal mereka rampas. Namun penduduk Tenochtitlán telah menyembunyikan harta tersebut iaitu longgokkan emas, permata serta berbagai batu berharga. Tidak pernah diketemukan lagi hingga sekarang. Sampai sekarang para pencari harta karun masih sibuk mencari peninggalan suku Aztec tersebut di sekitar kota Tenochtitlán yang sekarang telah berganti nama menjadi Mexico City.



4. King Solomon’s Treasure, Jerusalem

Artefak artefak suci dijarah oleh bangsa Romawi dari Kuil Yerusalem dan dicurigai disembunyikan di kubah2 di Vatican, Artefak ini dianggap sebagai harta karun terbesar Alkitab seperti sangkakala perak yang akan menandakan Kedatangan Messiah, terompet, lilin emas dll.

Setelah satu dekade, arkeolog Dr Kensley telah merekontruksikan rute harta karun untuk pertama kalinya, menurutnya harta itu telah meniggalkan Roma pada abad ke 5 menuju Kartago, Konstantinopel, dan Aljazair sebelum tujuan akhirnya di padang gurun Yudea.



3. Blackbeard’s Treasure, Caribbean Island

Perompak termasyur, si Jenggot Hitam alias Blackbeard, sebenarnya hanya selama dua tahun melanglang buana (1716-1718). Namun selama masa itu konon dia telah mengumpulkan banyak sekali barang jarahan. Ketika Spanyol sedang sibuk mencari emas dan perak di kawasan Mexico dan Amerika Selatan, Blackbeard dan komplotannya menunggu dengan sabar dan kemudian merompak kapal2 yang membawa emas dan perak tersebut di saat mereka kembali ke Spanyol.

Blackbeard dikenal sebagai perompak kejam yang pintar mengambil keuntungan. Wilayah operasinya ialah di sekitar Hindia Barat dan pantai Atlantis di Amerika Utara, dengan markas utamanya di kepulauan Bahama dan Carolina Utara. Riwayatnya tamat di bulan November 1718, saat Leftenan Inggeris Robert Maynard berhasil menangkapnya serta menggantungnya. Namun harta jarahannya tidak diketemukan hingga sekarang.

Konon, kapalnya yang tenggelam, Queen Anne’s Revenge, telah diketemukan pada tahun 1996  dekat Beaufort, Carolina Utara. Tapi di kapal tersebut tidak diketemukan harta karunnya. Banyak orang percaya bahawa harta karun si Jenggot Hitam ini tersembunyi di Kepulauan Caribbean, Teluk Chesapeake, dan di gua-gua yang terdapat di Kepulauan Cayman.



2. The Lost City – Atlantis (Coordinates : 31 15?15.53N 24 15?30.53W.)

Goggle Ocean sambungan tehnologi dari Google Earth telah menemukan yang tidak bisa manusia biasa temukan yaitu Kota yang Hilang, Atlantis. Kota yang berada sekitar 620 mil di lepas pantai barat laut Afrika, didekat Kepulauan Canary di Samudera Atlantik.

Menurut filsuf Yunani, Atlantis kota yang sangat maju berada disebuah pulau sekitar 9.000 tahun yang lalu. Wilayahnya meliputi wilayah Asia sampai Libya, dengan istana-istana mewah, berlimpah emas dan perak, dan merupakan tempat yang tanah dan iklim nya terbaik di Dunia. Tapi kemudian, Plato menulis, Atlantis dikalahkan dalam perang oleh suku-suku lain. Dan Kota itu pun dihancurkan.
 


1. The Amber Room, Rusia

Digambarkan sebagai keajaiban dunia ke-8 oleh orang2 yang pernah melihatnya. Amber Room merupakan harta karun paling unik di sepanjang sejarah.
 

Merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi, terdiri dari panel2 dinding berukuran besar yang bertatahkan beberapa ton batu Amber yg luar biasa, cermin2 besar yg di sisi2nya terdapat dedaunan yang terbuat dari emas, serta empat buah mozaic Florentine yang luar biasa indahnya. Tersusun dalam 3 tingkat, ruangan tersebut bertatahkan permata2 yang tidak ternilai harganya. Di dalamnya tersimpan berbagai koleksi benda seni buatan Prusia dan Rusia yang paling berharga.

Dibuat oleh Raja Friedrich I dari Prusia untuk diberikan kepada Czar Rusia, Peter yang Agung pada tahun 1716. Ruangan Amber terletak di Istana Katherine, dekat St. Petersburg. Saat ini mungkin nilai dari ruangan ini lebih dari US$142 juta.

Saat Hitler dgn Nazi-nya menyerang Rusia, penjaga Ruangan Amber was-was. Mereka mencuba untuk memindahkannya, namun dinding2nya mulai remuk dan sangat mustahil memindah dinding2 tersebut. Akhirnya mereka menutupinya dengan wallpaper.
 
Usaha tersebut gagal untuk menyembunyikan Ruangan Amber. Saat Nazi membinasakan Leningrad (saat ini bernama St. Petersburg) pada bulan Oktober 1941, mereka merebutnya serta memindahkannya ke Istana Königsberg selama masa perang.
 
Ketika Königsberg menyerah bulan April 1945, Ruangan Amber menghilang, dan sampai sekarang tidak pernah diketemukan kembali. Apakah sudah hancur oleh bom Soviet sendiri? Apakah tersembunyi di salah satu bunker yang terletak di luar kota? Tidak ada yang tahu pasti mengenai nasib ruangan tersebut.

Saat ini telah diciptakan replika dari Ruangan Amber, yang dibuat dengan sangat teliti, di Istana Catherine.

Followers