Selamat Datang Ke Blog Aku , Sori dok comey mane ! hihiHiHi

Tragedi WTC (911) Dalam Al-Quran


Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran
Surah At-Taubah...!

Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah
At-Taubah : 109.

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan
masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau
orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu
bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan
Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim."

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah
orang-orang yang zalim.

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah
disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa
maksud mengikut tafsir ulama sebgai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata
adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian
tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan
kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah
Al-Quran.

Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!

Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada
Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! Subhaanallah..

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui
oleh manusia. Inilah mukjizat Al-Quran.

Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang

RAHSIA DI SEBALIK KERTAS USD 20



(Jika ada, sila lipat memanjang kepada dua bahagian)




Lipat seperti cara gambar di atas





Gambar di kertas, menyerupai apa yg terjadi di bangunan PENTAGON




di sebelah belakangnya seperti apa yg terjadi di bangunan WTC




dan jika disusun secara teratur, akan terbit nama OSAMA!!


DAHI kita pasti berkerut apabila ada fakta yang menyebut bahawa kerajaan
Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta(AS$600,000) untuk
menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11
September 2001.

Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi
menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih,
Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom
Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan Al-Qaeda
yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh
hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan
kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa
sebarang ampun!

Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana
kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai
pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup ‘mencipta’
satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa
membenarkan Presiden George W.Bush menyerang pengganas.

Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama
pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang
mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya
diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun
1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.

Kesempatan ini diambil oleh sebuah firma atau Konsultan Perhubungan Awam, Hill
and Knowlton yang kemudiannya dibayar berjuta dolar AS bagi mencipta satu
gelombang propaganda yang pada akhirnya memberi ruang kepada AS untuk menyerang
Iraq.

Walaupun terpaksa membeli waktu-waktu siaran utama namun usaha mereka amat
berbaloi. Bukan sahaja mereka kemudiannya dibayar dengan begitu lumayan tetapi
yang lebih penting konsultan itu berjaya mengelabui pandangan orang ramai iaitu
dengan menerbit dan menyiarkan pelbagai program TV termasuk menjual video-video
berita atau video newsrelease (VNR) yang memberikan 1,001 alasan mengapa Iraq
mesti diperangi. Perang psikologi benar-benar meletus ketika itu. Media telah
diperalatkan untuk mempengaruhi audiens. Satu kajian Jabatan Komunikasi
Universiti of Massachusetts mendapati “lebih banyak penduduk AS menonton
televisyen, semakin tertutup minda mereka kepada fakta dan kebenaran yang
sepatutnya mereka ketahui. Apabila semakin kurang fakta yang mereka
ketahui maka semakin mudah mereka menerima semua dasar-dasar pentadbiran
Bush.”

Hasil propaganda itu, rakyat AS akhirnya percaya bahawa Saddam Hussein
sememangnya manusia gila yang dipercayai terlibat secara langsung dalam semua
tindakan kejam sekalipun terhadap rakyatnya sendiri. Saddam mempunyai kuasa
melakukan lebih banyak kerosakan dan rakyat AS percaya Saddam perlu
disingkir.

Tetapi apakah faktor serta-merta yang dijadikan kempen oleh Bush untuk
menyerang Iraq atau lebih tepat menyerang umat Islam? Sehari selepas tentera
Iraq menceroboh Kuwait, firma Hill and Knowlton ditawarkan satu lagi projek
propaganda bernilai RM3.6 juta sebulan bagi membantu Kuwait merampas kembali
negara mereka daripada Iraq. Kontra kini adalah yang terbesar pernah berlaku
dalam sejarah perhubungan awam.

Hill and Knowlton kemudian memperalatkan seorang gadis warga Kuwait bagi
membohongi dunia, di sebalik perkataan ‘hak asasi’ yang kononnya cuba mereka
perjuangkan. Seorang wanita, Lauri Fitz Pegado adalah orang yang diberikan
tanggungjawab oleh pihak konsultan tersebut untuk ‘melatih’ gadis itu.

Pada 10 Oktober 1990 di dalam dewan Kongres AS, atas nama Kaukus HakAsasi
Manusia mereka membawa masuk gadis yang dikenali sebagai Nayirahatau Naira
berusia 15 tahun yang berjaya menjadikan seluruh dewan itu terpaku sepi.

Dewan itu mendengar testimoni yang sungguh emosi yang disampaikan oleh gadis
itu mengenai pengalaman ngeri beliau dengan tentera-tentera Saddam Hussein.
Seluruh anggota dewan itu hanya mengetahui nama Nayirah kerana nama keluarga
gadis itu dirahsiakan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Sambil menangis, Nayirah menceritakan apa yang berlaku di hadapan matanya
ketika tentera Saddam dikatakan menceroboh masuk sebuah hospital di Kuwait
iaitu Hospital Al-Addan. Ketika itu, gadis berkenaan mendakwa bertugas sebagai
sukarelawan di hospital itu.

“Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri askar-askar Iraq dengan senjata
masing-masing menceroboh masuk ke dalam hospital.

“Mereka kemudian bertindak kejam dengan mengeluarkan semua bayi-bayi yang
berada dalam inkubator dan diletakkan di atas lantai yang sejuk dan dibiarkan
di situ sehingga mati,’’ katanya sambil menangis teresak-esak.

Ketika Nayirah membuat pengakuan itu, di luar beribu-ribu risalah atau press
kit diedar yang mengandungi semua ‘pengakuan’ gadis itu. Semua perkataan bagai
dirancang kerana tidak ada bezanya apa yang diluahkan oleh gadis itu di dalam
dewan dengan apa yang tertulis paderi salah.

Apabila pungutan suara dan undian dibuat, akhirnya semua anggota kongres dan
pihak keselamatan AS setuju membenarkan Presiden George Bush (ayah George W.
Bush) menyerang Iraq! Ini kerana mereka percaya bulat-bulat kepada cerita dan
air mata Nayirah. Bush sendiri menjaja cerita gadis itu dalam setiap kempennya
bagi mendapat sokongan padu rakyat AS bagi membolehkannya menyerang
Saddam!

Di sebalik skandal Incubator Lie atau Baby Incubator Fraud ini, fakta
menunjukkan Naira atau nama sebenarnya Niyirah Al Sabah ialah anak Duta Kuwait
ke AS. Semasa Kuwait ditawan, Nayirah sebenarnya berada di AS kerana tidak ada
bukti yang menunjukkan gadis ini bertugas sebagai sukarelawan sebagaimana yang
diceritakan.

Ini kerana beberapa kakitangan terutamanya jururawat yang sudah lama bertugas
dan tinggal di sekitar hospital itu mendakwa tidak pernah melihat Niyirah.
Sebelum itu, selain pengakuan Niyirah, kenyataannya diperkuatkan lagi dengan
dakwaan seorang lagi saksi iaitu Dr. Ebrahim.

Dr. Ebrahim bukan sahaja menyokong dakwaan Niyirah malah dia sendiri kononnya
menguburkan 40 mayat bayi yang menjadi mangsa deraan dan seksaan tentera Saddam
itu. Beliau juga memberitahu pihak keselamatan AS bahawa dia seorang pakar
bedah. Namun, selepas perang tamat, Dr. Ebrahim kemudian mengaku bahawa beliau
sebenarnya doktor gigi dan tidak pernah menanam bayi-bayi tersebut.

Rupa-rupanya teknik pembohongan seperti ini diguna pakai lagi. Tidak salah
untuk kita mempercayai tragedi 11 September 2001 juga adalah satu pembohongan
besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus
menyakiti umat Islam.

Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga
beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri dalam peristiwa 9/11 itu
yang tidak mustahil adalah angkara licik pihak Yahudi!











No comments:

Followers